Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa
pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan
rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…
hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di
hati insan.
Manusia sering menyebut tentang cinta pada
hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya
untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar
mencintaNya melebihi segalanya.
Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang.
Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.
Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan
jalan yang terbaik untuk hambaNya.
Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya,
bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia
pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.
Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap
manusia.
Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal
telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus
terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam
nafsu semata-mata.
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang
merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Pencinta. Bagitulah halnya tentang cinta ini,
andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah
perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum
namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak
dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:“Bahawasanya di dalam jasad
anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh
anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya.
Ketahuilah daging itu ialah hati.”Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana
terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa
seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua
mengharap pada Pencipta yang satu.
Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja
kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari
ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu,
hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati,
mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak
pasti.
Pencinta. Semua orang ingin dicintai, tambahan
pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak
kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati
hanya kerana disingkir cinta.
Alangkah ruginya titisan air
mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya
sementara.
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata
menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya.
Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap
hambaNya.
Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati
hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim. Dia
maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia
menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala
peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih
baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan
idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak
sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak
setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri
tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna
Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana
dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika
kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi
)
Saudaraku tersayang,
Pencinta. Orang yang wujud dihatinya akan suatu
rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan
binasa.
Seseorang Pencinta akan..
Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut
insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.
Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut
indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang
paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)