Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang.
Kadangkala kita berasa tergesa – gesa
seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita.
Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak
dikelola dengan baik. Gambaran – gambaran untuk mengisi waktu dan usia
menjadi sangat tidak menentu.
Kiblat gaya hidup mengarah kepada
Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur. Cara makan, apa
makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa
fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.
Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah
ditetapkan sedemikian rupa. Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat
senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.
Bandingkan diri kita ketika diminta
menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah –
mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita
seperti dipaksa. Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak
asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal aturan tentang
hidup dibicara dan dititahkan. Itulah kalamullah dan bukan makhluk.
Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?
Kebodohan ini juga berlangsung dalam
kehidupan cinta kita. Memiliki pendamping hidup adalah sebuah
kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi. Namun, gaya
hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa –
gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.
Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.
Di usia kita yang sangat belia, kita
tidak perlu bermesraan bak suami isteri. Namun kerana filem yang kita
tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah
mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. berasa ketakutan
bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita
hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan. Bagaimana
mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana
mendapatkan keuntungan daripadanya.
“Tidak ada pengalaman?”
Yang kita perlukan adalah bukan
pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu
rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri. Justeru bila
kita berpengalaman dalam berganti – ganti pasangan ini menunjukkan
ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin
hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan. Berbeza jika kita
sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik
Kerana mengejar jodoh – semakin besar
rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin
besar pula risiko kita untuk berasa kecewa. Jadi yang diperlukan ketika
masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan
mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.